SELAMAT DTG KE BLOG SAYA,KEDATANGAN ANDA SGT DI ALU-ALU KAN.

ANDA SEMUA BLH MEMBUAT PENILAIAN DARI HATI ANDA SENDIRI SECARA IKHLAS YG MANE BETUL DAN YG MANE TAK BETUL!!!
SUDAH BYK KEJADIAN YG BERLAKU DAN SUDAH BYK TANDA2X YG TELAH DI TUNJUK KAN TAPI MASIH RAMAI LAGI ORG YG BELUM BUKA MATA SEPENUH NYE,OLEH ITU RENUNG2X KAN LA YG MANE BETUL DAN YG MANE TAK BETUL,GAMBAR MENCERITAKAN SEGALA NYE,JAWAPAN DAN KEPUTUSAN TERLETAK DI TANGAN ANDA SENDIRI!!!



Powered By Blogger

Cari Blog Ini

siapa saya!!!

Foto saya
atas bumi yg nyata, dulu negeri 9 skrg negeri 10,haha, Malaysia
kesadaran adalah matahari, kesabaran adalah bumi, keberanian menjadi cakrawala,keADILan & kebenaran menjadi perjuangan, oleh itu jika takut pada risiko usah bicara tentang perjuangan, lawan TETAP lawan!!! "

Pengikut Saya

Senarai Blog yg saya ikuti

JOM KITA RAMAI2X TOLAK UMNO & SOKONG PAKATAN?

Rabu, 17 Mac 2010

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"
"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.
"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"
Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"
"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."
Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi stylekepimpinan tidak berubah!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan